Kempen Internet Selamat – SMK Syed Saffi

23 September 2025 | Aktiviti Terkini

Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan penggunaan Internet secara berhemah serta langkah-langkah melindungi diri daripada ancaman siber.

Sepanjang program, pelajar telah didedahkan kepada beberapa aktiviti interaktif yang menarik. Antaranya ialah aktiviti Pecah Ruyung (Hot Seat) yang memberi kesedaran bahawa pengalaman harian di Internet boleh mendedahkan mereka kepada risiko. Aktiviti Fakta atau Auta pula menguji kemampuan pelajar membezakan antara maklumat sahih dan palsu. Seterusnya, melalui Detektif Jejak Digital, pelajar memahami bahawa setiap tindakan mereka di alam maya meninggalkan kesan atau jejak digital yang boleh mempengaruhi masa depan. Aktiviti terakhir, Red Flag, memberi penekanan kepada isu pengantunan seksual dalam talian serta tanda-tanda awal yang perlu dikenal pasti bagi melindungi diri daripada ancaman.

Program ini juga membuka peluang kerjasama erat dengan pihak sekolah, memperluas jaringan komunikasi, dan mengukuhkan peranan NADI sebagai pusat rujukan maklumat yang proaktif dalam mendidik masyarakat tentang literasi digital dan keselamatan Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali